Tuesday, June 1, 2010

New update! 12 aktivis kemanusiaan.

Berita gembira buat rakyat Malaysia terutamanya keluarga kepada 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Gaza telah dilepaskan oleh Zionis. Mereka semua kini berada ji sempadan Jordan. Bagaimanapun, semua kamera, telefon bimbit dan semua alat komunikasi telah dirampa. Laporan ini diperolehi daripada wartawan Astro Awani. Sama-sama kita doakan agar meraka selamat sampai ke tanah air dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Amin.

Update isu Israel


Pada mulanya saya tidak mengerti apa yang berlaku hari ini di alam facebook. Setelah di tagged oleh teman baru saya tahu ini adalah berkaitan isu Israel menawan aktivis kemanusiaan ke Gaza.
Ternyata jutaan penghuni dunia masih punya hati perut, kasih sayang dan prihatin dengan apa yang berlaku di dunia kini.


"Tunjukan SOKONGAN ANDA dengan MENGGANTI fotoprofile anda menjadi warna HITAM utk semua profile tanda prihatin & belas kasihan..Kapal kemanusiaan yang membawa bahan bantuan untuk wargapalestina di serang dan di tembak oleh pasukan israel, sampai saat initercatat 30 orang relawan kemanusiaan terluka/meninggal, terdapat...sekitar 12 warga Indonesia dan 2 org M'sia di kapal tersebut yang belumdiketahui nasibnya"

Ini yang berlaku ni dalam facebook ketika ini. Kebanyakkan teman0teman sudah mula menukar "profile picture" dengan hanya warna hitam tanda tanda prihatin & belas kasihan

Anak siapa ni?

Apa nak jadi kanak-kanak zaman sekarang?


Walaupun anak Indon, tapi kita se-nusantara patut sedar dengan isu ini. Kerana perkara ini boleh memberi pengaruh negatif terhadap kanak-kanak seumur dengannya. Kecik-kecik dah pandai merokok. 


Tidak kurang juga remaja atau pelajar sekolah di Malaysia. Apa gunanya disiplin yang dididik dalam diri anda di sekolah? Di mana etika sebagai pelajar berunifom?

YANG TERLIBAT?
  • Ibubapa
  • Kanak-kanak
  • Masyarakat
  • Orang di sekeliling

KESAN NEGATIF?
  • Separuh perokok tegar meninggal dunia
  • Kematian, penyakit dan hilang upaya
  • Serangan angin ahmar atau strok boleh berlaku dalam sistem saraf pusat iaitu di bahagian otak
  • Serangan jantungMenyumbang kepada lebih 25 jenis barah. (barah mulut, paru-paru, tekak, esofagus, perut, pundi kencing, pankreas dan ginjal)
Lelaki:  tahap kesuburan perokok didapati lebih rendah
Wanita:  Putus haid dua hingga tiga tahun lebih awal daripada sepatutnya
             Ketidaktentuan haid (pendarahan yang tidak normal, haid yang tidak teratur atau tiada haid)
             Menghadapi kehilangan ketumpatan tulang sebanyak lima hingga 10 peratus
             80 peratus risiko untuk mendapat barah pangkal rahim
             penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD)
             janin dalam kandungan mengalami masalah pertumbuhan dada, kepala dan saiz tubuh(bagi yang mengandung)


Kesan Asap Rokok Terhadap wanita:
  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap kanak-kanak:
  • Lebih mudah mendapat lelah 
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
LANGKAH MENANGANI?
  • Hari tanpa tembakau sedunia disambut setiap 31 Mei
  • Mengawal penggunaan rokok di kalangan wanita
  • Kempen anti-merokok
  • Lain-lain? (Sila komen)
KAEDAH UNTUK BERHENTI MEROKOK?
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
  • Yakinkan diri 
  • Buat nota peringatan 
  • Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 
  • Tumpukan pada hari ini 
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokonganLawan keinginan untuk merokok 
  • Terapi atau rawatan yang sesuai
FAEDAH BERHENTI MEROKOK
  • Hidup lebih lama 
  • Menghindari racun 
  • Melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  • Meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 
  • Meningkatkan deria rasa dan bau 
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  • Mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat. 

credito http://bahayarokok.blogspot.com/

Serangan Israel terhadap misi kemanusiaan

Isu paling hangat ketika ini adalah serangan Israel terhadap kapal-kapal bantuan Antarabangsa ke Gaza (Palestin). Isu ini hangat diperkatakan oleh dunia. Saya tidak mahu terlebih komen mengenainya kerana ia melibatkan agama oleh umat Islam.

Apa yang dapat diperkatakan di sini, jika bukan kerana agama sekalipun, kita masih punya hati perut dan peri-kemanusiaan. Orang Israel (rejim zionis laknatullah alaihim) menindas orang yang tidak bersalah. Mereka membunuh tanpa belas kasihan. Sungguh kejam! Bagaimana jika mereka alaminya?

TUJUAN KE MISI?
Memberi bantuan kemanusiaan
Membawa kelengkapan ubatan, makanan dan bantuan lain.


Ya Allah! Selamatkanlah rakyat Malaysia yang berjuang menyelamatkan Gaza. Sesungguhnya engkau Maha Pelindung. Amin.
Rakyat malaysia yang diantaranya wartawan astro awani, seorang ahli parlimen, berada dalam tawanan dan selamat. Semoga sentiasa dalam lindungan dan pulang ke tanah air dengan selamat.
Komando tentera yahudi dengan aktivis pejuang pro palestin telah menawan kapal yang dinaiki oleh rakyat Malaysia. Kejam!

Di hujung dunia akhir zaman ini, manusia semakin tidak berperi-kemanusiaan. Sedarlah!

credito http://www.mykhilafah.com/fikih/1197-hukum-syarak-terhadap-isu-gaza

Pembuangan bayi

Dunia sekarang ramai manusia tidak berhati perut. Serba sedikit saya ingin berkongsi tentang isu ini dari pandangan kaca mata seorang remaja. Perkara utama yang perlu di ketengahkan adalah mencari PUNCA? dan BAGAIMANA MENGATASI?

Kesimpulan yang saya fikirkan;

PUNCA?
* Kurang pendidikan agama
* Tiada kesedaran sivik
* Berkahwin di usia muda
* Belum bersedia memikul tanggungjawab
* Datang dari golongan kurang berkemampuan

BAGAIMANA MENGATASI?
Walau jutaan mesej disampaikan,
Walau jutaan kempen dijalankan,
Walau jutaan nyanyian disuarakan
Tetap tiada jalan mengatasinya jika tiada kesedaran oleh insan yang melakukannya.

Kasihan kan bayi ini. Dia berhak menikmati hidup di dunia ini. Jika anda tidak mahu bayi ini, berikan kepada orang yang menginginkannya atau kepada orang yang boleh memberikan kasih sayang kepadanya. Bayi inilah yang kelak dewasa yang akan menjaga kita dan mendoakan kita.

Ya Allah! Berikanlah kesedaran kepada ibubapa bayi ini. Ampunkan mereka. Dan tempatkanlah bayi ini dikalangan orang yang beriman, kerana bayi ini tidak bersalah. Sesungguhnya, engkau Maha Penganmun dan Maha Penyayang. Amin.
Related Posts with Thumbnails
 
© 2009 Isu kita, semasa dan sedunia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design