Dunia sekarang ramai manusia tidak berhati perut. Serba sedikit saya ingin berkongsi tentang isu ini dari pandangan kaca mata seorang remaja. Perkara utama yang perlu di ketengahkan adalah mencari PUNCA? dan BAGAIMANA MENGATASI?
Kesimpulan yang saya fikirkan;
PUNCA?
* Kurang pendidikan agama
* Tiada kesedaran sivik
* Berkahwin di usia muda
* Belum bersedia memikul tanggungjawab
* Datang dari golongan kurang berkemampuan
BAGAIMANA MENGATASI?
Walau jutaan mesej disampaikan,
Walau jutaan kempen dijalankan,
Walau jutaan nyanyian disuarakan
Tetap tiada jalan mengatasinya jika tiada kesedaran oleh insan yang melakukannya.
Kasihan kan bayi ini. Dia berhak menikmati hidup di dunia ini. Jika anda tidak mahu bayi ini, berikan kepada orang yang menginginkannya atau kepada orang yang boleh memberikan kasih sayang kepadanya. Bayi inilah yang kelak dewasa yang akan menjaga kita dan mendoakan kita.
Ya Allah! Berikanlah kesedaran kepada ibubapa bayi ini. Ampunkan mereka. Dan tempatkanlah bayi ini dikalangan orang yang beriman, kerana bayi ini tidak bersalah. Sesungguhnya, engkau Maha Penganmun dan Maha Penyayang. Amin.



No response to “Pembuangan bayi”
Leave a reply