Tuesday, June 1, 2010

Anak siapa ni?

Apa nak jadi kanak-kanak zaman sekarang?


Walaupun anak Indon, tapi kita se-nusantara patut sedar dengan isu ini. Kerana perkara ini boleh memberi pengaruh negatif terhadap kanak-kanak seumur dengannya. Kecik-kecik dah pandai merokok. 


Tidak kurang juga remaja atau pelajar sekolah di Malaysia. Apa gunanya disiplin yang dididik dalam diri anda di sekolah? Di mana etika sebagai pelajar berunifom?

YANG TERLIBAT?
  • Ibubapa
  • Kanak-kanak
  • Masyarakat
  • Orang di sekeliling

KESAN NEGATIF?
  • Separuh perokok tegar meninggal dunia
  • Kematian, penyakit dan hilang upaya
  • Serangan angin ahmar atau strok boleh berlaku dalam sistem saraf pusat iaitu di bahagian otak
  • Serangan jantungMenyumbang kepada lebih 25 jenis barah. (barah mulut, paru-paru, tekak, esofagus, perut, pundi kencing, pankreas dan ginjal)
Lelaki:  tahap kesuburan perokok didapati lebih rendah
Wanita:  Putus haid dua hingga tiga tahun lebih awal daripada sepatutnya
             Ketidaktentuan haid (pendarahan yang tidak normal, haid yang tidak teratur atau tiada haid)
             Menghadapi kehilangan ketumpatan tulang sebanyak lima hingga 10 peratus
             80 peratus risiko untuk mendapat barah pangkal rahim
             penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD)
             janin dalam kandungan mengalami masalah pertumbuhan dada, kepala dan saiz tubuh(bagi yang mengandung)


Kesan Asap Rokok Terhadap wanita:
  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap kanak-kanak:
  • Lebih mudah mendapat lelah 
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
LANGKAH MENANGANI?
  • Hari tanpa tembakau sedunia disambut setiap 31 Mei
  • Mengawal penggunaan rokok di kalangan wanita
  • Kempen anti-merokok
  • Lain-lain? (Sila komen)
KAEDAH UNTUK BERHENTI MEROKOK?
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok 
  • Yakinkan diri 
  • Buat nota peringatan 
  • Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" 
  • Tumpukan pada hari ini 
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokonganLawan keinginan untuk merokok 
  • Terapi atau rawatan yang sesuai
FAEDAH BERHENTI MEROKOK
  • Hidup lebih lama 
  • Menghindari racun 
  • Melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok 
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  • Meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat 
  • Meningkatkan deria rasa dan bau 
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  • Mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat. 

credito http://bahayarokok.blogspot.com/

No response to “Anak siapa ni?”

Leave a reply

Related Posts with Thumbnails
 
© 2009 Isu kita, semasa dan sedunia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design