Ikuti berita yang dipetik dari Berita Harian hari ini, Sabtu 12 March 2011.
"Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.
Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh. "
Mari kita lihat dan renungkan kejadian besar yang terjadi di bumi tua ini...
Magnitud gempa bumi sebesar 8.9 di Jepun telah menyebabkan keadaan yang teruk. Kejadian pada hari Jumaat (11.2.11) adalah yang terbesar direkodkan sejarah di negara itu. Dan ia merupakan yang kelima terbesar di dunia semenjak 1900.
Pusaran air besar berikutan Tsunami dan gempa bumi.
Besarnya kuasa Allah.
Kebakaran di rumah nuklear. mungkin akan menyebabkan radiasi.
Untuk berita lanjut mengenai kejadian ini, boleh klik pada link di bawah:
Jepun memberi amaran radiasi disebabkan gempa bumi
Jepun memberi amaran radiasi disebabkan gempa bumi
Di antara kejadian lain yang mungkin kesan daripada kejadian di Jepun adalah;
SEKUMPULAN ikan dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian itu sebelum ini. - Foto AP
Mar 12, 2011 9:09 am
Mar 12, 2011 9:09 am
Mari kita lihat dan renungkan kejadian saban hari. Semoga Alla melindungi kita. Mungkinkah ini tanda-tanda pengakhiran kehidupan kita di bumi? Walau apa pun yang terjadi, sentiasa ingat Allah bersama kita. Ini adalah dugaan dan peringatan Nya kepada kita. Sama-sama kita berdoa agar yang masih hidup, selamat dan doakan ketenangan kepada yang sudah tiada.






No response to “Gempa bumi dan Tsunami, Jepun 2011”
Leave a reply