Wednesday, August 15, 2012

Halal dan Raya


Salam sayang untuk semua. Kesibukkan telah menangguhkan penulisan isu-isu seantero di sini. Bagaimanapun, kali ini AJ ingin berkongsi tentang "HALAL". Semua orang tahu apa itu halal tapi ada segelintir yang tidak memahami halal yang sebanarnya.

Halal bukan sahaja pada makanan dan minuman, tetapi dari sumber pendapatan, barangan yang digunakan dan lain-lain lagi.

Ketika ini, Malaysia merupakan senarai teratas sebagai negara yang mengluarkan sijil HALAL yang sah diperlaku di seluruh dunia dari JAKIM. Kita sebagai rakyat Malaysia sangat beruntung kerana dilahirkan di sini. Satu senario yang paling dekat dengan AJ adalah ketika beberapa orang teman yang menceritakan pengalaman mereka di Kemboja. Walaupun di sana terdapat orang Islam, tetapi tidak mudah untuk mendapatkan makanan yang halal seperti di Malaysia. Pengalaman mereka yang termakan roti berinti serunding khinzir di sana telah membuatkan mereka fobia untuk pergi ke sana. 

Bukan itu sahaja, umat Islam perlu lebih peka juga tentang pakaian. Ini kerana, kebanyakkan kasut yang dijual dengan harga yang murah dibuat menggunakan kulit khinzir. Dimana, kita dapat melihat dengan mata kasar, tiga bintik pada struktur kulit. Kebanyakkan pengeluar menggunakak kulit khinzir adalah kerana tekstur yang lembut dan murah! Berhati-hatilah. 

Apa yang AJ hendak tekankan di sini, kita hendaklah makan sumber yang halal kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Jika haram sumbernya, maka busuklah hati. Jika halal sumbernya, insyaallah baik hati kita. 

Salah satu syarikat e-marketplace yang mengumpulkan pengeluar, penjual dan pembeli di internet untuk memudahkan semua orang di seluruh dunia adalah DagangHalal.com untk lebih informasi, teman-taman boleh terus klik pada link. 

Maaf buat semua, penulisan kali ini agak kurang isi dan intipati, AJ agak sibuk menguruskan kerja di pejabat. Insyaallah di entri akan datang, AJ akan menulis dan berkongsi isu semasa yang menarik perhatian AJ dan memberi maklumat untuk semua.

Dikesempatan ini, AJ nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua umat Islam yang mengakhiri Ramadhan tahun ini. Semoga Syawal kali ini lebih baik dan memberi keberkatan.
Video ini khas untuk semua :)


Salam Syawal. As-Salam.

Thursday, July 21, 2011

Tukar jantina

 As-Salam buat semua. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai isu hangat diperkatan sekarang. Isu MENUKAR JANTINA yang telah banyak berlaku di dunia yang makin tua. Kebanyakkannya adalah lelaki yang telah membuat pembedahan untuk menyerupai wanita. Sudahlah dunia makin tua, kiamat makin hampir, kaum lelaki semakin berkurangan, adakah ini merupakan salah satu sebab mengapa perempuan semakin ramai? Ya Allah Yang Maha Besar, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui isi alam dan kejadian.

Sebagai salah satu pengajaran, bolehlah menonton filem DALAM BOTOL. Walaupun ramai yang memberi kritikan tentang filem ini, namun ia menyampaikan mesej yang sangat berguna dan sangat memberi kesedaran kepada semua orang. Dan semoga yang telah menonton mendapat mesej yang cuba disampaikan. Review DALAM BOTOL.
Salah satu isu yang mengemparkan ialah seorang lelaki yang menukar jantina dan memohon untuk menukar nama perempuan di Mahkamah Kuala Terengganu baru-baru ini.Ringkasa berita di sini MOHD ASHRAF HAFIZ



Mereka sanggup melalui pembedahan yang boleh mengundang maut. Dan sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk menyerupai seorang wanita.

Mari kita lihat dari segi agama Islam dan hukumnya.

Hukum Menukar Jantina di Sisi Islam

Dari sudut hukum dalam Islam, cukup jelas perbuatan itu haram. Tidak kiralah sama ada lelaki mahu menukar jantina kepada perempuan atau sebaliknya. Ulama bersepakat mengatakan haram juga bagi lelaki menyerupai perempuan melalui cara berpakaian, gaya dan tingkah laku.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

Hadis lain, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Sudah jelas hukum haram terbabit yang mana melarang lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya. Apabila sesuatu larangan dalam nas itu disertai dengan laknat, maka hukumnya berdosa besar dan fasik sehinggalah seseorang itu bertaubat nasuha.

Perbuatan menyerupai pun dikira berdosa besar apatah lagi perbuatan mengubah anggota lelaki menjadi anggota wanita, bermakna dosanya amat berat sekali. Menukar jantina termasuk dalam kategori dosa besar iaitu cuba mengubah ciptaan Allah atas dasar tidak puas hati dengan takdir Allah.

Perbuatan mengubahsuai ciptaan Allah datangnya daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata". (Surah an-Nisaa' ayat 119).

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4).

Pengecualian

Walau bagaimanapun, pembedahan untuk mengembalikan atau memulihkan semula kecacatan anggota badan yang tidak berfungsi adalah harus.

Contohnya, pemindahan organ atau anggota badan yang diambil daripada orang yang hidup atau mati seperti jantung, buah pinggang dan mata kepada mereka yang memerlukannya.

Berdasarkan fatwa bekas Mufti Mesir, Sheikh Al-Hasanin Makhluf, bagi menghadiahkan anggota atau organ, ia perlu memenuhi beberapa syarat termasuk memastikan kejayaan pemindahan terbabit yang bukannya berdasarkan sangkaan, berada dalam keadaan darurat, pembedahan dan pemindahan perlu dilaksanakan dengan cermat, teliti, dan berhati-hati serta meminta keizinan terlebih dahulu daripada waris.

Pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan juga dilarang kerana ia bertujuan untuk bermegah-megah selain melanggar fitrah dan merosakkan anggota badan.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata golongan yang menukar jantina tidak dapat menerima qada dan qadar Allah.

"Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Naluri ingin menukar jantina ini adalah antara bisikan syaitan dan iblis yang ingin merosakkan mereka.

"Kita perlu bijak memilih mana satu perkara baik dan buruk. Justeru, dalam hal ini mereka perlu membantu diri mereka melawan nafsu serta naluri buruk," katanya.

Beliau berkata, pelbagai masalah akan menimpa terutama berkaitan perkahwinan, ibadah serta pengebumian apabila meninggal dunia kelak.

"Akibat melawan takdir Allah, setiap kebajikan dan amalan mereka lakukan tidak diterima Allah. Contohnya sembahyang, akibat penukaran jantina ini mereka perlu melakukannya mengikut cara wanita.

"Ia bukan saja merosakkan ibadah diri sendiri malah turut merosakkan ibadah orang lain. Begitu juga apabila meninggal dunia, jenazah mereka perlu disemadikan mengikut cara lelaki. Tambah menyeksakan, jenazah terpaksa dibedah semula bagi membuang alat kelamin wanita," katanya.

Katanya, walaupun ada yang mendakwa mereka hidup bahagia, hakikatnya gagal menyembunyikan perasaan bersalah.

"Ketika usia muda, memang semuanya ingin tampil cantik tetapi apabila meningkat tua, naluri hendak cantik itu tiada lagi. "Ditambah pula pelbagai berpenyakit, pasti mereka akan menyesal," katanya.

creditto Billy Info



Bukti Hadis Pengharaman Tukar Jantina
- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).
-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): “Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

 creditto airneslobeng

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah mencipta kami sebaik-baik kejadian. Semoga Kau berikan hidayah kepada mereka. Dan terimalah taubat kami yang hina di bumi milikMu ini. Amin."

Friday, May 27, 2011

Simbah ASID

Apa nak jadi dunia sekarang. Makin menjadi-jadi. Makin tua bumi ni, makin ramai manusia tak berhati perut, makin ramai syaitan bertopengkan manusia. Belum habis isu gempa bumi besar di Jepun, dah ada isu baru kat Kuala Lumpur.

Kalian pasti dah tau al-kisah SIMBAH ASID di Kuala Lumpur. Ada juga segelintir yang masih tak tau hal ni. Mungkin sebab tak baca surat khabar atau mungkin kurang perhatian dengan berita terkini. Buat masa sekarang ni, individu yang disyaki telah mendiamkan diri buat seketika, Mungkin kerana polis dan juga orang awan sedang giat mencari individu yang tak bertanggungjawab itu.

Pada mulanya, kes ini terjadi di Briekfield dan mangsa pertama adalah merupakan seorang warganegara Cina dan guru di sebuah sekolah di Brifield. Seperti yang tercatat dalam berita, beliau sedang berjalan keluar dari kawasan sekolah untuk pulang, sewaktu dalam perjalanan ada sebuah motosikal yang di tunggang oleh lelaki berkulit gelap telah menyimbah asid ke arahnya. Beliau melecur di tangan dan wajah.

Individu tersebut hanya menyimbah asid ke arah wanita. Malah ada juga mangsa dikalangan kanak-kanan sekolah dan bayi di Persiaran Titiwangsa awal May yang lalu. Ada teori mengatakan bahawa, individu tersebut mungkin mempunyai perasan tidak puas hati terhadap wanita. Walau bagaimanapun, motif kes ini masih lagi dalam siasatan.

Ini merupakan lakaran wajah suspek yang dipercayai indivudi tersebut


Bagaimanapun, selepas gambar lakaran ini di sebarkan, seorang lelaki yang mirip lakaran gambar tersebut dengan sukarela telah menyerah diri ke Balai Polis, bagaimanapun lelaki tersebut di bebeaskan kerana beliau tiada kaitan dengan isu simbah asid. Beliau mempunyai wajah yang lebih kurang sama dengan larakan. Tetapi individi yang tidak bertanggungjawab itu masih lagi berkeliaran di luar.


Di antara mangsa simbahan asid itu adalah seperti gambar di bawah.






Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah mereka yang terlibat ini. Sesungguhnya engkau Maha Besar dan Maha Penyayang. Aku memohon kepadamu agak Engkau melindungi kami dari bencana ini. Sesunggunya Engkau lebih mengetahui apa yang terjadi. Dan sesungguhnya, berikanlah balasan yang setimpal terhadap pesalah yang telah berbuat jahat. Amin.


Kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

Sekadar pesanan untuk wanita di luar sana dan diri sendiri, berhati-hati ketika berjalan sendirian di luar tidak kira siang atau malam. Jika ada suspek yang cuba menyimbah cecair ke arah anda, terus dapatkan sumber air untuk mengurangkan kesakitan. Sebaiknya, sediakan sebotol air untuk langkah berjaga.

Friday, March 11, 2011

Gempa bumi dan Tsunami, Jepun 2011

Selepas lebih kurang sebulan kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zeland, semalam pula dunia kita telah digemparkan dengan kejadian gempa bumi di Utara Jepun dengan 8.9 skala Ritcher. Dimana gegaran ini menyebabkan gelombang Tsunami setinggi 10 meter. Keadaan ini mungking menyebabkan 1000 kematiaan atau lebih.

Ikuti berita yang dipetik dari Berita Harian hari ini, Sabtu 12 March 2011.

"Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran. 

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.


Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.
"

Mari kita lihat dan renungkan kejadian besar yang terjadi di bumi tua ini...
Magnitud gempa bumi sebesar 8.9 di Jepun telah menyebabkan keadaan yang teruk. Kejadian pada hari Jumaat (11.2.11) adalah yang terbesar direkodkan sejarah  di negara itu. Dan ia merupakan yang kelima terbesar di dunia semenjak 1900.
Pusaran air besar berikutan Tsunami dan gempa bumi.
Besarnya kuasa Allah.
Kebakaran di rumah nuklear. mungkin akan menyebabkan radiasi.

Untuk berita lanjut mengenai kejadian ini, boleh klik pada link di bawah: 

Jepun memberi amaran radiasi disebabkan gempa bumi
     Di antara kejadian lain yang mungkin kesan daripada kejadian di Jepun adalah;
    SEKUMPULAN ikan dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian itu sebelum ini. - Foto AP
    Mar 12, 2011 9:09 am

    Mari kita lihat dan renungkan kejadian saban hari. Semoga Alla melindungi kita. Mungkinkah ini tanda-tanda pengakhiran kehidupan kita di bumi? Walau apa pun yang terjadi, sentiasa ingat Allah bersama kita. Ini adalah dugaan dan peringatan Nya kepada kita. Sama-sama kita berdoa agar yang masih hidup, selamat dan doakan ketenangan kepada yang sudah tiada.

    Sunday, September 12, 2010

    Datuk Sosilawati have been murdered.

    When I was at my friend's house, I heard the breaking news about Datuk Sosilawati, pengasas Nouvelles Visage. Too bad when her family especially her children celebrating Eid without her.

    1 Datuk Sosilawati dikatakan pergi ke Banting bersama peguamnya, pemandu dan seorang pegawai bank bersama untuk membeli tanah di sana. Bersamanya adalah wang cash bernilai jutaan ringgit.

    2 Anak Datuk Sosilawati telah mendapat mesej pesanan ringkas dari Datuk Sosilawati sukar difahami dan ada juga yang mengatakan bahawa beliau memesan pada anaknya supaya tidak membenarkan mana-mana temannya memasuki rumah.

    3 Anak beliau telah membuat laporan polis selepas beberapa hari ridak dapat menguhunginya dan risau keadaan ibunya.

    4 Tujuh suspek yang paling dikehendaki tertangkap dan salah seorang merupakan peguam bergelar Datuk adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh..

    5 Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
     
    6 Mereka yang ditahan mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

    7 Polis mengesahkan jutawan kosmetik dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.


    8 Polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

    9 Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.

    I tak nak komen lebih-lebih sebab I pun tak tau kesahihan kematian Datuk Sosilawati. Apa-apa pun, kita semua berdoa semoga semua nya dipermudahkan dan kehilangan Datuk Sosilawati dirungkaikan secepat mungkin. Buat ahli keluarga Datuk Sosilawati, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 banyakkan bersabar dan sama-sama kita doakan mereka.

    Monday, June 21, 2010

    Kekurangan GULA!


    Semakin hari semakin menjadi-jadi masalah kekurangan gula di seluruh Malaysia terutamanya di negeri sempadan seperti Kelantan. Setahu AJ, negara kita tak pernah hadapi masalah tebu. Jadi kemana hilangnya semua gula yang dibekalkan untuk pengguna Malaysia? AJ agak peka dengan isu ini kerana gula merupakan salah satu kepentingan dalam kehidupan kita seharian.

    Faktor kekurangan bekalan gula:
    • Aktiviti penyeludupan
    • Pemborong menyorokkan gula dengan tujuan memanipulasiharga
    • Harga gula tidak stabil
    Jadi pengguna seperti kita pula mengambil kesempatan untuk menyimpan stok gula di rumah untuk kegunaan sendiri, kerana kita tidak mahu negara kita menjadi seperti peminta sedekah dan terpaksa berebut untuk mendapat bekalan. Negara kita tidak menghadapi masalah penanaman tebu dan boleh dikatakan negara kita menghasilkan gula asli dari tebu. Jadi negara kita sepatutnya tidak boleh kehabisan gula.

    Adakah kerajaan hanya mahu melihat dan membiarkan rakyat hidup seperti ini?

    Pemborong hanya menjual gula dalam kuantiti yang sedikit dan menunggu harga naik untuk menjual stok yang disimpan hanya semata-mata mahu mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib pengguna. Walaupun kita tahu, kerajaan telah membuat subsidi gula. Kerajaan perlu mengambil tindakan dan memantau isu gula ini supaya tidak menyusahkan pengguna. Semoga kita mengambil iktibar daripada isu ini. 

    Hadith:

    Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.”

    (al-Bukhari dan Muslim)

    Sunday, June 20, 2010

    Video yang dikaitkan dengan Ariel Peterpan

    Apa nak jadi artis zaman sekarang? Masalah sosial yang semakin tidak terkawal dikalangan mereka. Sepatutnya mereka sebagai ikon memberikan contoh yang baik. Jika keadaan begini berterusan, gejala sosial dikalangan remaja juga tak bisa dikurangkan kerana kerana remaja menjadikan artis sebagai idola yang sentiasa mengikuti mereka.

    Ariel Peterpan didapati merakamkan perbuatan seks bersama Cut Tari dan Luna Maya. Video itu telah tersebar di internet. AJ telah menonton video tersebut dan tiada kemungkinan itu adalah mereka dan bukan klon kerana terdengar perbualan singkat diantara lelaki dan wanita di dalam video tersebut mempunyai "slang" Indonesia. Dan jika mereka tidak pernah melakukan hubungan seks, mengapa mereka melarikan diri dari pihak media dan tidak mempertahankan diri?















    Kita semua perlu ingat, zaman sekarang semua informasi hanya di hujung jari. Tidak perlulah merakam hubungan di ranjang jika tidak mahu di cop sebagai artis tidak bermoral. Sekejap sahaja video seperti ini tersebar. Tidakkah ini memalukan? AJ hanya mahu kita semua sedar dengan keadaan sosial yang berlaku zaman sekarang dan kesan-kesannya terhadap hidup kita sendiri. Fikir panjang sebelum melakukan sesuatu.
    Related Posts with Thumbnails
     
    © 2009 Isu kita, semasa dan sedunia. All Rights Reserved | Powered by Blogger
    Blogger Layout by psdvibe | Bloggerized By LawnyDesignz |Modern Home Design